12 September 2008

Nikmat Kesihatan..

Baru-baru ini saya ke Melaka untuk mengunjungi ayah saya yang dimasukkan ke wad hospital besar Melaka kerana menghidapi penyakit dalam perut yang kronik. Penyakit yang dihidapi memerlukan beliau menjalani satu pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam perut. Syukur kehadrat Ilahi kerana ayah saya selamat menjalani pembedahan. Selepas menjalani pembedahan tersebut, beliau diletakkan dadalam bilik pemerhatian ICU selama 3 hari. Selepas itu beliau ditempatkan di wad biasa iaitu di aras 4-2. Selama dari hari itu saya menemani ayah saya di wad tersebut sehinggalah saya meninggalkanya sendirian untuk kembali ke Sabah.

Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah betapa berharga sebenarnya nikmat satu kesihatan yang diberikan oleh Allah kepada kita sebenarnya. Sepanjang beberapa hari saya berada di Hospital tersebut, banyak pemandangan yang hanya berkisar tentang penyakit dapat dilihat. Insaf rasanya diri ini bila melihat dugaan yang diberikan kepada mereka yang dimasukkan ke wad. Suasana sangat mengerikan bagi yang tak selalu ke wad hospital sebenarnya seperti saya. Sehingga kehari ini, masih terngiang-ngiang jeritan kesakitan yang kedengaran sepanjang waktu tidak kira siang ataupun malam. Apa yang benar-benar terpahat dalam kepala saya sehingga kehari ini ialah ketika menyaksikan satu kejadian dimana seorang lelaki yang dimasukkan kedalam wad dalam keadaan berlumuran dengan darah akibat satu kemalangan. Dalam keadaan koma dan tidak berdaya. Saya melihat muka dan kepala lelaki tersebut hampir rata disebabkan digilis dengan tayar kereta. Syukur usianya masih panjang kerana ia tidak menemui ajal ketika kejadian itu. Saya sentiasa terfikir, mampukah dia untuk kembali seperti sedia kala kalau mempunyai kesempatan untuk sembuh..Hanya Allah yang tahu..Keluarga mangsa yang datang hanya mampu memandang dengan sedih dan sayu tanpa mampu berbuat apa-apa. Kalaupun ingin berbuat apa-apa pastinya doa dan harapan sahaja mampu dilakukan.. Selain dengan kejadian itu banyak lagi kejadian yang saya dapat saksikan antaranya pesakit yang hilang ingatan disebabkan penyakit yang sudah tidak mampu disembuhkan..

Pengajaran dan Iktibar yang besar saya dapati sepanjang seminggu berada di wad hospital Melaka. Entahlah bagaimana keadaan saya kalau saya tinggal selama sebulan disana.. kepada diri saya dan semua rakan-rakan yang masih sihat walafiat, nasihat saya jagalah dan hargailah nikmat kesihatan selagi kita masih sihat dan masih mampu untuk menikmati kehidupan ini dengan bahagia..