13 October 2008

Kunjungan ke Rumah Keluarga Mendiang Sherliana

Kunjungan Pegawai dan staf daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Badan Perhubungan Korporat pada bulan puasa yang lalu sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan keluarga yang menetap di kampung Damai, Kota Marudu terhadap mendiang yang telah menjadi mangsa kepada pembunuhan kejam yang mengemparkan seluruh negara terutamanya daripada masyarakat negeri Sabah. Mangsa yang ditemui dalam keadaan menyayat hati ditemui oleh seorang murid sekolah yang kebetulan melalui jalan tersebut. Sehingga kini pihak polis telah membuat beberapa tangkapan namun suspek utama dalam kejadian tersebut dipercayai masih bebas.

Dalam kunjungan tersebut, pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang diwakili oleh En. Mohd Raffie Hj Janau, En. Hashmi Hashim, dan Cik Masnaneh Masdin melahirkan perasaan dukacita diatas kejadian tersebut dan berharap semoga seluruh keluarga mendiang dapat menerima kejadian tersebut sebagai satu suratan takdir.

Suasana sepanjang pertemuan berlangsung berada dalam suasana sedih terutamanya apabila abang mangsa yang merupakan seorang guru dan juga abang kesayangan mangsa melahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang begitu mengambil berat terhadap keluarga mereka.

Kunjungan pada hari tersebut diakhiri dengan pemberian sedikit sumbangan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar kepada keluarga mangsa yang disampaikan sendiri oleh Timbalan Pendaftar Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar iaitu En. Mohd Raffie Hj. Janau disertai dengan sedikit sumbangan daripada Badan Perhubungan Korporat UMS.

12 September 2008

Nikmat Kesihatan..

Baru-baru ini saya ke Melaka untuk mengunjungi ayah saya yang dimasukkan ke wad hospital besar Melaka kerana menghidapi penyakit dalam perut yang kronik. Penyakit yang dihidapi memerlukan beliau menjalani satu pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam perut. Syukur kehadrat Ilahi kerana ayah saya selamat menjalani pembedahan. Selepas menjalani pembedahan tersebut, beliau diletakkan dadalam bilik pemerhatian ICU selama 3 hari. Selepas itu beliau ditempatkan di wad biasa iaitu di aras 4-2. Selama dari hari itu saya menemani ayah saya di wad tersebut sehinggalah saya meninggalkanya sendirian untuk kembali ke Sabah.

Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah betapa berharga sebenarnya nikmat satu kesihatan yang diberikan oleh Allah kepada kita sebenarnya. Sepanjang beberapa hari saya berada di Hospital tersebut, banyak pemandangan yang hanya berkisar tentang penyakit dapat dilihat. Insaf rasanya diri ini bila melihat dugaan yang diberikan kepada mereka yang dimasukkan ke wad. Suasana sangat mengerikan bagi yang tak selalu ke wad hospital sebenarnya seperti saya. Sehingga kehari ini, masih terngiang-ngiang jeritan kesakitan yang kedengaran sepanjang waktu tidak kira siang ataupun malam. Apa yang benar-benar terpahat dalam kepala saya sehingga kehari ini ialah ketika menyaksikan satu kejadian dimana seorang lelaki yang dimasukkan kedalam wad dalam keadaan berlumuran dengan darah akibat satu kemalangan. Dalam keadaan koma dan tidak berdaya. Saya melihat muka dan kepala lelaki tersebut hampir rata disebabkan digilis dengan tayar kereta. Syukur usianya masih panjang kerana ia tidak menemui ajal ketika kejadian itu. Saya sentiasa terfikir, mampukah dia untuk kembali seperti sedia kala kalau mempunyai kesempatan untuk sembuh..Hanya Allah yang tahu..Keluarga mangsa yang datang hanya mampu memandang dengan sedih dan sayu tanpa mampu berbuat apa-apa. Kalaupun ingin berbuat apa-apa pastinya doa dan harapan sahaja mampu dilakukan.. Selain dengan kejadian itu banyak lagi kejadian yang saya dapat saksikan antaranya pesakit yang hilang ingatan disebabkan penyakit yang sudah tidak mampu disembuhkan..

Pengajaran dan Iktibar yang besar saya dapati sepanjang seminggu berada di wad hospital Melaka. Entahlah bagaimana keadaan saya kalau saya tinggal selama sebulan disana.. kepada diri saya dan semua rakan-rakan yang masih sihat walafiat, nasihat saya jagalah dan hargailah nikmat kesihatan selagi kita masih sihat dan masih mampu untuk menikmati kehidupan ini dengan bahagia..

18 August 2008

Kunjungan Dr.Faiz ke UMS

Pada 13 ogos 2008 En.Awang Nasip mengajak aku ke Perpustakaan UMS untuk menyambut kedatangan Dr.Faiz sempena kunjungan 'Tak sengaja beliau' ke UMS. Beliau singgah ke UMS kerana kebetulan beliau ada Acara di 1 Borneo pada hari tu. Aku diberitahu kedatangan Beliau adalah sekitar jam 3.00 pm so, kitorang pun standby le.. tunggu sebelum jam 3.00 lagi. Jam ditangan dah menunjukkan hampir angka 4. 00 pm barulah beliau tiba. Mulanya masa ketibaanya kat foyer library, macam biasa je keadaan Foyer tu. Bila student menyedari kedatangan beliau mulalah keadaan jadi kecoh sikit..kitorangne teruslah bawa Dr.Faiz ne.. ke bilik seminar yang terletak di bahagian dalam perpustakaan. Masa kat dalam bilik seminar, beliau menerangkan bagaimana dan perasaan bakal menjadi Angkasawan. yang tu kira ok lah kot.. tapi yang tak ok nya masa sesi soal jawab.. budak-budak kat dalam bilik seminar ne pun satu..mereka terlupa agaknya.. Dr Faiz ne tak sampai lagi kat ISS tu yang sampai kat ISS tu namanya Dr.SMS..hehe bunyi nama pelik kan.. tu sebenarnya singkatan untuk Dr. Sheikh Muzaffar sheikh....Budak-budak ne bukan main lagi tanya siap tanya pasal roti canai, rendang dan semua makanan Malaysia yang dia bawa hari tu ke ISS sana..hehe.. gelihati aku dengar.. adik-adik oi..dia tu tak sampai lagi kat sana..yang hari tu baru latihan je kat Russia..hehehe but.. sepanjang beliau bagi taklimat, aku menjadi lebih bersemangat untuk mengharungi kehidupan mendatang..


Penulis sempat Bergambar bersama dengan Mejar Dr. Faiz Khaleed

Ketibaan disambut oleh En.Awang Nasip Yonos bersama Wakil MPP UMS

Nadia dan Doyo juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama dengan Dr. Faiz

Hari Keluarga @ E

Pada 08 Ogos 2008 telah berlangsung satu sambutan Hari Keluarga yang dianjurkan oleh Kolej kediaman E bertempat di Lagoon Park Karambunai. Sambutan yang dianjurkan sememangnya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada mahasiswa/Mahasiswi yang mendiami kolej E. Sambutan yang diadakan sebenarnya bukan sahaja menyeronokkan bagi pelajar kerana diselitkan dengan acara dan permainan yang menghiburkan malahan mampu mengeratkan lagi perhubungan sesama pelajar dan juga felo daripada kolej kediaman E. Apa yang membanggakan semasa berlangsungnya sambutan tersebut ialah, walaupun berseronok dengan permainan dan acara yang disediakan, namun sewaktu masuknya waktu Solat Zohor dan Asar acara diberhentikan sementara untuk memudahkan para peserta untuk menunaikan kewajipan terhadap Tuntutan Ilahi.


Barisan Pegawai dan merupakan Orang Penting dalam Pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Kolej Kediaman E

Bersemangat..Antara peserta yang menyertai Hari Keluarga @ E

En.Mohd Raffie..Pengetua Kolej Kediaman E bersama barisan peserta-peserta yang terlibat dalam hari keluarga tersebut.

Bersedia..Peserta yang terlibat dengan acara Kayak sedang bersedia untuk dilepaskan

Pukulll.. peserta sedang bertarung dalam pertandingan pukul bantal..

Prof. Dr. Amran Ahmed Timbalan Naib Canselor Jabatan Hal Ehwal Pelajar antara yang datang menyerikan karnival hari keluarga @ E

En. Hashmi Penolong Pendaftar Jabatan Hal Ehwal Pelajar sedang mencuba bakat dalam permainan Boling Kelapa sambil diperhatikan oleh En.Raffie Hj Janau bersama-sama dengan barisan Felo Kolej Kediaman E

1..2..3..say Chessstt..

Gembira nye..

Pssstt....Disamping kita bergembira, jangan sesekali kita lupakan kewajipan terhadap Ilahi.

12 August 2008

Karnival Makanan SSMP 2008

Bertempat di Perkarangan Letak Kereta Jabatan Hal Ehwal Pelajar Sekolah Sains Makanan Dan Permakanan telah menganjurkan satu Program iaitu Karnival Makanan2008. Kernival tersebut mendapat sambutan yang sangat baik daripada kalangan Mahasiswa UMS. Sepanjang berlangsungnya karnival tersebut telah diadakan berbagai acara untuk memeriahkan lagi suasana dan apa yang istemewanya ialah pada malam penutupan sempena karnival tersebut, penganjur telah menjemput artis popular Tanahair iaitu Band Ujan untuk membuat persembahan..
Suasana semasa berlangsungnya Karnival tersebut..

Antara Gerai yang mengambil bahagian..

Band ujan membuat persembahan..

Program Jom Senam Dapat sambutan..



Jom Senam Bah..tema yang diberikan sempena Program yang dijalankan bertempat di Stadium Universiti Malaysia sememangnya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan kakitangan UMS dan Mahasiswa UMS. Seawal jam 7.00 petang perkarangan stadium telah dibanjiri oleh peserta yang bersemangat menyertai Program tersebut yang dianjurkan oleh Unit Sukan..Tahniah kepada penganjur..



Dari kiri; Prof. Dr. Amran Ahmed, Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni, Naib Canselor UMS Lt. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon dan Abdullah Bin Haji Mohd. Said Pendaftar daripada Jabatan Pendaftar UMS


Antara Pegawai UMS yang turut serta senamrobik untuk Program Jom Senam 2008 bertempat di Stadium UMS

En. Mohd. Raffie Hj Janau, Pendaftar Kanan Jabatan HEP dan Selaku Pengetua Kolej E

Pertandingan Debat Alam sekitar Antara IPTA 2008


Juara Pertandingan Debat Alam sekitar 2008.. Dimenangi oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. tahniah diucapkan..

En.Hashmi Hashim..Orang Penting daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan Penganjuran Debat Alam Sekitar peringkat IPTA 2008.Tahniah Diucapkan...

Gambar menunjukkan Peserta yang berjaya Melayakkan diri ke Peringkat Akhir mewakili Universiti Islam Malaysia dan UiTM


Bersama-sama dengan Hadiah Kemenangan.. Tempat Pertama dimenangi oleh peserta mewakili UIAM manakala UITM menduduki tempat ke-2

Naib Canselor UMS bersama Tetamu VIP sempena Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar antara IPTA 2008

Antara Tetamu VIP yang hadir menyaksikan Pertandingan Peringkat Akhir Debat Alam sekitar Antara IPTA Malaysia 2008