13 October 2008

Kunjungan ke Rumah Keluarga Mendiang Sherliana

Kunjungan Pegawai dan staf daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Badan Perhubungan Korporat pada bulan puasa yang lalu sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan keluarga yang menetap di kampung Damai, Kota Marudu terhadap mendiang yang telah menjadi mangsa kepada pembunuhan kejam yang mengemparkan seluruh negara terutamanya daripada masyarakat negeri Sabah. Mangsa yang ditemui dalam keadaan menyayat hati ditemui oleh seorang murid sekolah yang kebetulan melalui jalan tersebut. Sehingga kini pihak polis telah membuat beberapa tangkapan namun suspek utama dalam kejadian tersebut dipercayai masih bebas.

Dalam kunjungan tersebut, pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang diwakili oleh En. Mohd Raffie Hj Janau, En. Hashmi Hashim, dan Cik Masnaneh Masdin melahirkan perasaan dukacita diatas kejadian tersebut dan berharap semoga seluruh keluarga mendiang dapat menerima kejadian tersebut sebagai satu suratan takdir.

Suasana sepanjang pertemuan berlangsung berada dalam suasana sedih terutamanya apabila abang mangsa yang merupakan seorang guru dan juga abang kesayangan mangsa melahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang begitu mengambil berat terhadap keluarga mereka.

Kunjungan pada hari tersebut diakhiri dengan pemberian sedikit sumbangan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar kepada keluarga mangsa yang disampaikan sendiri oleh Timbalan Pendaftar Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar iaitu En. Mohd Raffie Hj. Janau disertai dengan sedikit sumbangan daripada Badan Perhubungan Korporat UMS.

No comments: